Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

Sejarah JKMM
Home
Info Jabatan
Sejarah JKMM
Akta Berkaitan
Dasar-Dasar Jabatan
Perkhidmatan
Berita Bergambar
Hubungi Kami
Kakitangan
Pegawai Negeri & Daerah
Rangkaian

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) telah ditubuhkan dalam tahun 1946. Di dalam jangkamasa 54 tahun, JKMM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:

1946 - 1951
.....Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya

1952 - 1955
.....Kementerian Perusahaan dan Perhubungan Sosial

1956 - 1957
.....Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat

1958 - 1959
.....Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

1960 - 1962
.....Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat

1963
.......Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat

1964
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipertingkatkan kepada Kementerian Kebajikan Am. Skop perkhidmatan diperluaskan dan struktur organisasi dimantapkan.

1982
Kementerian Kebajikan Am ditukarkan nama kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia. Perkhidmatan pembangunan sosial diperkukuhkan dengan pengwujudan perkhidmatan perkembangan sosial.

1990
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia ditukarkan kepada Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat mulai 27 Oktober. Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian tersebut.

Kini JKMM adalah salah satu jabatan kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020.

2000
Bagi memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pelanggan, pihak JKMM telah berusaha untuk memenuhi standard kualiti perkhidmatan yang diiktiraf. Atas dasar tersebut, JKMM berusaha untuk memperolehi MS ISO. Akhirnya usaha tersebut telah berjaya pada tahun 2000 JKMM telah diiktiraf MS ISO 9002.