Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

Perkhidmatan
Home
Info Jabatan
Sejarah JKMM
Akta Berkaitan
Dasar-Dasar Jabatan
Perkhidmatan
Berita Bergambar
Hubungi Kami
Kakitangan
Pegawai Negeri & Daerah
Rangkaian

PERKHIDMATAN OLEH JABATAN

 

 

Perkhidmatan yang diberikan oleh JKM adalah berdasarkan kepada 8 kumpulan sasar JKM yang ditetapkan iaitu;

  • Kanak-kanak (mengikut tafsiran Akta Kanak-Kanak 2001)
  • Orang Kurang Upaya (OKU) 
  • Warga Tua 
  • Orang Papa (mengikut Akta Orang Papa 1977)
  • Keluarga (wanita, gadis, ibu bapa tunggal, magsa keganasan rumahtangga , orang miskin dan mereka yang mempunyai masalah)
  • Mangsa Bencana
  • Pertubuhan Kebajikan Sukarela 

  

Perkhidmatan Kanak-Kanak:

 

Perkhdimatan kanak-kanak meliputi aspek perlindungan, pencegahan, pembangunan.

 

 

Perkhidmatan Orang Papa:

 

Dikategorikan mengikut Akta Orang Papa 1977 yang mana meliputi pengemis, kutu rayau jalanan dan mereka yang berkaitan dengan rujukan tersebut.Menyediakan perkhidmatan kepada remaja yang menghadapi masalah akhlak dan moral. Remaja yang telah didapati berhadapan dengan masalah ini akan diberi perlindungan dan pemulihan di Insitutsi Kebajikan.

 

 

Perkhidmatan Keluarga:


Keluarga adalah asas penting bagi kemakmuran dan kemajuan dalam sesebuah negara. Atas dasar itulah JKM akan melindungi semua ahli dalam sebuah keluarga melalui Akta Keganasan Rumahtangga daripada aspek keganasan dan penderaan. 

Wanita dan gadis, golongan ibu bapa tunggal, orang miskin dan mereka yang bermasalah akan diberikan bantuan yang sewajarnya  seperti perlindungan dan pemulihan di Institusi Kebajikan atau bantuan kewangan

 

 

Perkhidmatan Wargatua:


Perkhidmatan ini diberikan bagi mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah perlindungan dan kunseling.

 

 

Perkhidmatan Orang Kurang Upaya:


Mereka yang kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu perlu berdaftar dengan JKM untuk mendapat rawatan lanjut/bantuan yang sepatutnya. Sisamping itu juga, golongan OKu yang mendaftar dengan JKM juga akan mendapat banyak feadah sampingan.

Perkhidmatan Orang Miskin dan Papa:
Bagi mereka yang tidak bernasib baik dan berpendapatan rendah boleh mendapatkan perkhidmatan yang disediakan bagi meningkatkan jumlah pendapatan bulanan mereka. Antara khidmat yang disediakan adalah kunseling, pemberian bantuan kewangan dan pemberian latihan kemahiran

 

 

Perkhidmatan Mangsa Bencana

 

Mereka yang terlibat didalam bencana seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya akan diberi bantuan segera dan bantuan kewangan bagi meringankan beban tanggungan semasa bencana berlaku berdasarkan kepada kemusnahan yang dialami

 

 

 

Pertubuhan Kebajikan Sukarela NGO:


Aktiviti keseukarelwan adalah penting bagi memastikan perkhidmatan kebajikan yang diberikan oleh JKM bertambah efisyen. Sumbangan Persatuan Kebajikan Sukarela (NGO dan Sukarelawan amat penting dalam membantu JKM memberikan perkhidmatan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Geran Tahunan yang diberikan kepada NGO dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka.

 

 

Skim Bantuan Kebajikan:


Skim Bantuan diperkenalkan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka yang kurang bernasib baik. Terdapat 2 skim iaitu Skim Bantuan Persekutuan dan Skim Bantuan Negeri.

 

 

 

 

BORANG PERKHIDMATAN

 

Mengandungi beberapa borang yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh JKM untuk dicetak (print). Antaranya permohonan anak angkat dan pendaftaran OKU. Borang yang telah diisi perlu dihantar kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat.

 

HTTP://www.jkm.gov.my/mel/borang perkhidmatan.htm

 

 

PERKHIDMATAN JABATAN