Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

Info Jabatan
Home
Info Jabatan
Sejarah JKMM
Akta Berkaitan
Dasar-Dasar Jabatan
Perkhidmatan
Berita Bergambar
Hubungi Kami
Kakitangan
Pegawai Negeri & Daerah
Rangkaian

MOTO, VISI, MISI, PIAGAM PELANGGAN, KOD ETIKA

MOTO

Berkhidmat Secara Profesional

VISI

Masyarakat Sejahtera Dan Penyayang


MISI

Membangun Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Sosial

 

OBJEKTIF

Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar Jabatan

membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari

Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang

Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial yang profesional dan Perkongsian Tanggungjawab yang strategik

 

STRATEGI

Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan

Memastikan aspek kebajikan di integrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh

Mempertingkatkan peranan dan keupayaan Jabatan sebagai paksi utama dalam perancangan dan penilaian program-program pembangunan kebajikan masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa

memantap dan mempertingkatkab penyampaian perkhidmatan kebajikan di semua peringkat

Mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan sumber manusia secara optimum

Mempertingkatkan kualiti perancangan dan pengurusan kewangan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara profesional

 

PIAGAM PELANGGAN

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA


Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang bermasalah dan tidak berkemampuan dengan

  • memberi jagaan dan perlindungan kepada anggota masyarakat yang memerlukannya dan memastikan kerahsiaan pelanggan tidak dihebahkan;
  • menggerakkan perubahan sikap dan meningkatkan keupayaan berdikari;
  • mewujudkan masyarakat yang berbudaya ikram;
  • mewujudkan kemudahan jagaan dan perlindungan;
  • menjalankan usaha pencegahan masalah daripada berlaku atau merebak;
  • menjalankan kegiatan pemulihan mangsa masalah sosial supaya berdikari;
  • membantu Pertubuhan-Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO's) dalam khidmat mereka kepada kumpulan sasar;
  • membangunkan kesedaran masyarakat ke arah penglibatan dan penyertaan dalam kerja kebajikan; dan
  • melaksanakan sistem pengurusan, perancangan dan latihan yang berkesan.

 

IKRAR & KOD ETIKA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT


MUKADIMAH Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah agensi perkhidmatan awam yang menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan bagi individu, kelompok dan komuniti. Dalam penglibatannya dengan masalah sosial dan persoalan kehidupan manusia, unsur-unsur nilai kerja kemasyarakatan merupakan faktor utama menjadi pegangan setiap lapisan pekerja, sebagai penyampai, disamping menghayati serta menghormati martabat dan harga diri pelanggan yang b erhak untuk menikmati kepuasan daripada perkhidmatan yang disediakan untuk mereka.

Justru itu setiap pekerja perlu memiliki pengetahuan dankemahiran kerja yang unggul serta bersikap positif terhadap tugas dankewajipannya.

Kod Etika ini adalah piawaian yang harus diamalkan untuk menjamin perkhidmatan kemasyarakatan yang berkesandan berkualiti serta disampaikan oleh pekerja yang berdisiplin tinggi, bertanggungjawab dan komited terhadap kewajipannya.

IKRAR"Bahawa kami Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dengan sesunggguhnya berikrar bahawa kami akan berkhidmat dengan cekap, jujur dan amanah dalam menyempurnakan tanggungjawab dan kewajipan kami untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dengan penuh taat setia kepada organisasi kemi berlandaskan budaya kerja cemerlang"

KOD ETIKASemua pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat mengamalkan etika berikut;

  • Menghormati Pelanggan Jabatan sebagai seorang manusia tanpa mengira kedudukan, keturunan dan agama.
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sama rata kepada semua Pelanggan Jabatan.
  • Mengutamakan kepentingan Pelanggan Jabatan dalam usaha mencapai objektif Jabatan.
  • Menentukan kerahsiaan Pelanggan Jabatan agar tidak dihebahkan kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan.
  • Sentiasa sedar tentang hak mutlak Pelanggan Jabatan dalam menentukan keperluannya.
  • Tidak boleh menggunakan kekerasan atau keganasan dalam apa bentuk atau situasi sekalipun terhadap pelanggan.
  • Bersopan santun dan berbudi bahasa setiap masa terhadap Pelanggan Jabatan.
  • Patuh kepada arahan dan melaksanakan tugas dengan bersih, cekap dan amanah.
  • Menghormati nilai dan sikap, pengetahuan dan kemahiran rakan sekerja menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan peribadi orang lain.
  • Harus sentiasa membantu dan bekerjasama dengan rakan sekerja untuk kepentingan Pelanggan Jabatan dan perkhidmatan.

 

Lagu : Bersatu Untuk Kebajikan

 Rakyat Malaysia Bersatu,

Hidup Berjiwa Mulia,

Tolong Menolong, Bantu Membantu,

Jadi Amalan Setiap Masa.

 

Yang Susah, Yang Derita,

Memerlukan Bantuan,

Sama Berbakti, Semangat Murni,

Itulah Amalan Yang Suci.

 

Tak Siapa Yang Meminta,

Dilahirkan Derita,

Sedarlah Taulan, Insaflah Rakan,

Kita Insan Biasa.

 

Bersatu Untuk Kebajikan,

Demi Kebahagian Semua,

Hidup Sejahtera, Aman dan Makmur

Itulah Harapan Kita

 

(ulang semula)

 

Moto, Visi, Misi, Piagam Pelanggan, Kod Etika