PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUALA LANGAT
Perutusan PKMD

HOME

Info Jabatan
Sejarah JKMM
Perutusan PKMD
Akta Berkaitan
Dasar-Dasar Jabatan
Perkhidmatan
Berita Bergambar
Hubungi Kami
Kakitangan
Pegawai Negeri & Daerah
Rangkaian

aku.jpg

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Terima kasih kerana melayari halaman ini. Kemungkinan terdapat mukasurat halaman yang kurang lengkap dari segi penyampaian maklumat dan fakta yang berkaitan, namun begitu penyusunan dan penambahbaikan bagi pembangunan halaman sentiasa dilakukan khususnya dalam mengenengahkan aktiviti dan program di daerah Kuala Langat dan maklumat berkenaan Jabatan Kebajikan Masyarakat amnya.
 
Pembinaan halaman ini merupakan rentetan daripada keperluan sesebuah Pejabat Kebajikan Daerah untuk mengenengahkan segala perkhidmatan yang diberikan kepada kumpulan sasar. Secara tidak langsung, selari dengan tujuan utama adalah untuk memperkenalkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah kepada seluruh masyarakat. Dengan itu, PKMD tidak lagi ketinggalan dalam arus penggunaan ICT. Sokongan yang diberikan oleh JKMM dalam membekalkan komputer dan talian amatlah dihargai dan ini memudahkan kami merancang dan melaksanakan penggunaan peralatan dengan optimum. Selain itu, sokongan dan pandangan daripada anda semua amalah dialu-alukan manakala cetusan idea untuk membentuk setiap mukasurat dengan pelbagai konsep dengan penggunaan teknik yang terkini.
 
Akhir sekali, saya berharap agar pembinaan halaman ini dapat membantu melicinkan lagi proses capaian maklumat dan perkhidmatan yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat.
 
 
Sekian, terima kasih

 
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
BERKHIDMAT SECARA PROFESIONAL
 
 
BAZLAN BIN ISMAIL

PERUTUSAN PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH