Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuala Langat adalah salah sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Selangor yang merupakan salah satu Jabatan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat terletak di bangunan kedai 2 tingkat yang beralamat di No. 30 Jalan Bunga Pekan,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
Daerah Kuala Langat mempunyai keluasan seluas 87,704 hektar dan terletak di selatan negeri selangor . Jumlah
penduduk melebihi 200,000 orang dengan majoriti daripada bangsa Melayu, diikuti oleh Cina dan India
serta sejumlah kecil orang-orang asli.
Selamat
Datang & Selamat Melayari Halaman Ini...
|
 |
maklumat terkini...
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor akan menganjurkan Hari Keluarga Pemulihan
Dalam Komuniti (PDK) pada 28hb Disember 2003 bertempat di Padang PKNS Kelana Jaya. Pelbagai acara dan sukaneka telah dirancangkan
dengan pelbagai cabutan bertuah dan hadiah-hadiah menarik kepada semua pengunjung.
|
|
 |

|
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat |
renungan hari ini...
"seorang muslim adalah ibarat lebah. Apabila ia makan, ia makan
dari barang yang baik, dan apabila ia keluarkan sesuatu daripada badannya, yang keluar itu adalah merupakan madu yang manis,
segar dan menjadi ubat manusia"
|
 |
|
|