Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

Dasar-Dasar Jabatan
Home
Info Jabatan
Sejarah JKMM
Akta Berkaitan
Dasar-Dasar Jabatan
Perkhidmatan
Berita Bergambar
Hubungi Kami
Kakitangan
Pegawai Negeri & Daerah
Rangkaian

DASAR KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGARA

Mukadimah

PENGHIDUPAN masyarakat kian menjadi rumit akibat perubahan sosial yang semakin pesat. Keadaan ini mengakibatkan tekanan hidup bagi individu, keluarga, kelompok dan komuniti dalam manghadapi berbagai-bagai masalah sosial.

Masalah sosial yang mendesak, yang boleh mengganggu kesejahteraan negara semakin bertambah dengan meningkatnya kadar penjenayahan, pelacuran, penderaan kanak-kanak, keciciran dan kenakalan di kalangan murid sekolah, kenakalan juvana, keganasan dalam keluarga, penceraian, pengangguran, pelarian kanak-kanak, penganiyaan terhadap orang tua, penyalahgunaan dadah, belia berpeleseran dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah ini, maka nilai keninsafan dan tahap kemampuan golongan tersebut perlu dipertingkatkan supaya berkeupayaan menghadapi cabaran semasa. Jika tidak dibendung besar kemungkinan ianya akan tercetus menjadi wabak yang sukar dikawal kelak serta menjejaskan kesanbaik yang sekian lama dilaksanakan oleh negara ini. pendekatan serta peranan yang bercorak rawatan dan pemulihan tidak mencukupi dan harus juga merangkumi segala aspek pencegahan dan pembangunan.

Ketepatan pendekatan dan segala arah yang jelas perlu diutarakan dengan penggubalan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara yang bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan rakyat serta kestabilan masyarakat menuju ke arah pewujudan keadilan sosial.

Matlamat

  • Masyarakat Sejahtera Dan Teguh Untuk Kemajuan Negara

Strategi

-     MEMBANGUNKAN Potensi Manusia ke tahap ptimum serta meningkatkan daya ketahanan masyarakat untuk menghaddapi cabaran kemasyarakatan semasa.

--    MEWUJUDKAN berbagai-bagai kemudahan supaya dapat meningkatkan tahap keupayaan untuk kemajuan diri dan individu. 

-     MEMBINA dan memupuk semangat tolong-menolong, Bantu-membantu untuk mengukuhkan budaya ikram.

Strategi Khusus

Pembangunan Potensi Manusia

a.   Norma dan  nilai hidup berkomuniti yang positif diberikan tumpuan sebagai asas sokongan dan jagaan dalam komuniti.

b.   Kemahiran hidup sebagai asas pembelajaran untuk meningkatkan ketahanan diri.

c.   Asas utama dalam penyelesaian berbagai-bagai masalah sosial diberikan tumpuan pada pembangunan potensi individu dan kelompok.

d.  lnstitusi sosial diperkukuh dan diperkembangkan untuk memainkan peranan sokongan bagi jagaan, bimbingan dan kemahiran hidup untuk kesejahteraan ahli-ahlinya.

 Peningkatan Penyamaan Peluang

a.       Berbagai-bagai jenis kemahiran dipertingkat, diperpesat dan dipergiat  dipergiat untuk memajukan diri serta menambahkan daya pernyesuaian terhadap suasana persekitaran.

b.       Infrastruktur sosial dan perundangan diwujudkan bagi penglibatan aktif dan kelompok dalam kegiatan komuniti.

c.       Berbagai-bagai kemudahan dalam masyarakat diwujudkan untuk mengurangkan rintangan yang menghalang kemajuan golongan tertentu.

d.       Polisi dan program yang inovatif diwujudkan supaya setiap anggota masyarakat dapat dibantu agar mereka dapat hidup dengan lebih produktif.

 Budaya Tolong-Menolong

a.      Kesedaran, minat dan semangat budaya tolong menolong disemai dan dipupuk di semua peringkat masyarakat, khususnya di kalangan anak muda.

b.      Kegiatan bergotong-royong dipertingkat dan diperluaskan untuk kebajikan masyarakat.

c.      Tatasusila dan disiplin diri yang sempurna dipupuk bagi masyarakat seluruhnya untuk meningkatkan hubungan kemasyarakatan.

d.      Berbagai-bagai sumber komuniti diadakan untuk membantu golongan tertentu.

Pelaksanaan

Setiap individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan organisasi swasta perlu menghayati serta menyumbangkan f1kiran yang kreatif dan mengamalkan peranan aktif secara menyeluruh di semua peringkat bagi menjayakan DKMN .

Antaranya ialah:

a.   Diperlukan usahasama antara individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan organisasi swasta untuk menggunakan sepenuhnya sumber komuniti yang terdapat di dalam masyarakat.

b.   Diperlukan hubungan bersepadu di kalangan agensi yang terlibat dalarn kebajikan masyarakat untuk mendapat faedah yang maksimum.

c.   Pekerja sosial dilengkapkan dengan berbagai bagai pengetahuan dalam bidang pembangunan manusia serta kemahiran kerja sosial untuk meningkatkan tahap prestasi kerja.

d.   Diperlukan kepimpinan yang berkesan dan kawalan Kerajaan bagi perubahan dasar serta perkembangan dalam bidang kebajikan masyarakat melalui penyelarasan semua aktiviti dan penyelenggaraan piawaian minimum.

e    Diperlukan peningkatan program penyelidikan sebagai asas penting dalam pembentukan dasar sosial, pengwujudan program baru serta penilaian program yang sedia ada.

f.    Diperlukan pengukuhan semangat bersepadu di kalangan penubuhan sukarela untuk kemajuan kebajikan masyarakat

 

 

DASAR WARGA TUA KEBANGSAAN
 
 

MUKADIMAH

Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu-padu, bertoleransi, dengan masyarakatnya yang mempunyai keyakinan diri, nilai-nilai moral dan etika yang utuh, progresif dan makmur, serta mampu memainkan peranan untuk menjamin kesejahteraan semua golongan masyarakat.

Bagi mencapai matlamat ini, perlu diwujudkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai penyayang dan bertimbang rasa, dengan sistem sosial yang lebih mementingkan keperluan sejagat, iaitu kebajikan rakyat berteras kepada sistem kekeluargaan yang jitu dan mantap perlu dipertingkat dan diperkukuhkan secara berterusan.

Sehubungan itu, warga tua yang merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat dan negara, diakui mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran. Mereka telah banyak memberi sumbangan selama ini dan masih mempunyai potensi menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian adalah wajar mereka mendapat perhatian, penghormatan dan kasih sayang bagi mempastikan menikmati kesejahteraan hidup sepanjang hayat.

 

T AKRI F AN

Warga tua ditakritkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di World Assembly On Aging in 1982 Vienna.

 

 DASAR

 MEWUJUDKAN MASYARAKAT WARGA TUA YANG SEJAHTERA, BERMARUAH, MEMPUNYAI MARTABAT DlRI YANG TINGGI, DENGAN MENGOPTIMUMKAN POTENSI DlRI MEREKA DAN MENENTUKAN MEREKA MENIKMATI SEMUA PELUANG DlSAMPING MENDAPAT PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN SEBAGAI AHLI KELUARGA, MASY ARAKA T  DAN  NEGARA.

 

OBJEKTIF

Meningkatkan kehormatan dan martabat diri  warga tua dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Memajukan potensi warga tua agar mereka terns aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terns hidup berdikari.

Menggalakkan pewujudan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga tua ke arah kesejahteraan hidup mereka.

 

STRATEGI

KEHORMATAN DAN MARTABAT DIRI

Membolehkan warga tua hidup dengan penuh kehormatan dan martabat diri serta selamat dan bebas daripada penindasan dan penganiayaan;

Menentukan warga tua mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur , jantina, keturunan etnik, agama, kecacatan atau lain-lain keadaan dengan tidak mengambil kira keupayaan sumbangan mereka;

Membolehkan warga tua menikmati peluang untuk merealisasikan potensi optimum mereka;

Memudahkan warga tua mendapatkan akses kepada sumber pendidikan, kebudayaan, rohaniah dan rekreasi yang ada dalam masyarakat.

 

KEUPAYAAN BERDIKARI

Mempastikan warga tua dapat memenuhi keperluan asas melalui sumber pendapatan, sokongan keluarga dan masyarakat serta us aha sendiri;

Memudahkan warga tua mendapat peluang untuk terns berkhidmat dan memberi  sumbangan kepada kepada negara;

Mempastikan warga tua dapat menikmati persekitaran yang selamat dan mudah diubahsuaikan selari dengan keupayaan yang berubah;

Membolehkan warga tua terns tinggal bersama dengan keluarga dan masyarakat selama mungkin;

Memberi persediaan awal kepada warga tua untuk menentukan perancangan sumbangan berasas kepada kepakaran dan keupayaan yang dimiliki secara berterusan ke arah pembangunan negara.

 

PENYERTAAN

Membolehkan warta tua memainkan peranan dalam masyarakat dan melibatkan diri secara aktif dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan kesejahteraan mereka serta menurunkan pengetahuan dan kemahiran kepada generasi muda;

Memberi peluang kepada warga tua untuk menyumbang kepada masyarakat secara sukarela sesuai dengan keupayaan dan minat mereka;

Menggalakkan warga tua menubuhkan Persatuan atau Pertubuhan bagi menjalankan aktiviti untuk kesejahteraan mereka.

 

PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN

Mewujudkan kemudahan bagi jagaan dan perlindungan di dalam keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan nilai-nilai masyarakat negara ini ;

Memudahkan warga tua mendapat jagaan kesihatan untuk membantu mereka mengekal atau memulihkan tahap kesihatan fisikal, mental dan emosi ke peringkat optimum serta mencegah daripada jangkitan penyakit ;

Membolehkan warga tua memanfaatkan perkhidrnatan institusi yang menyediakan jagaan, perlindungan dan stimulasi sosial serta mental dalam suasana yang selamat dan selesa ;

Memudahkan warga tua mendapat perkhidmatan sosial dan perundangan bagi memajukan hak autonomi individu, perlindungan dan jagaan mereka ;

Menjamin warga tua menikmati hak asasi individu semasa dalam jagaan dan rawatan dengan mengambilkira kehormatan diri, kepercayaan dan keperluan yang sesuai bagi mereka ;

Mewujudkan Sistem Keselamatan Sosial yang komprehensif bagi menjamin pendapatan dan kebajikan yang stabil dikalangan warga tua.

 

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Menggalakkan pelaksanaan kajian-kajian mengenai warga tua bagi tujuan pengumpulan maklumat untuk kegunaan perancangan program pembangunan warga tua ;

Mewujudkan satu Badan Penasihat Dan Perundingan Warga Tua Kebangsaan membantu menyelaraskan dan mengenalpasti keperluan-keperluan membuat , mengenai aktiviti bagi warga tua.

 

PELAN TINDAKAN

Pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan warga tua oleh setiap individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan pihak swasta berpandukan kepada Dasar Warga Tua N egara.

Bagi menjayakan perlaksanaan Dasar Warga Tua Negara maka usaha-usaha bersepadu dan menyeluruh perlu diambil oleh Agensi-agensi yang berkenaan, antaranya :-

 

PENDIDIKAN

Kemudahan-kemudahan pendidikan dan latihan perlu disediakan untuk membolehkan warga tua untuk mengikuti kursus dan melanjutkan pelajaran bagi membolehkan mereka mengembangkan potensi ketahap optimum. Kurikulum sekolah perlu mengambilkira pendidikan kekeluargaan agar generasi muda dapat menghayati dan memahami warga tua.

 

PEKERJAAN

Warga tua digalakkan untuk terus menyumbangkan kepada pembangunan negara melalui penyertaan dalam pekerjaan berasaskan kepada pengalaman dan kemahiran masing-masing. Dengan secara ini mereka boleh hidup berdikari dari segi pendapatan dan kesejahteraan hidup.

 

PENYERTAAN DALAM MASYARAKAT

Warga tua digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan, untuk membolehkan mereka memainkan peranan dalam keluarga dan masyarakat disamping dapat berinteraksi di antara mereka.

 

RIADAH

Kemudahan-kemudahan yang sesuai perlu disediakan bagi warga tua menjalankan aktiviti riadah di kawasan-kawasan perumahan, taman rekreasi dan pusat-pusat sukan.

   

PENGANGKUTAN

Sistem pengangkutan awam perlu menyediakan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan warga tua bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan selesa.

 

PERUMAHAN

Rumah-rumah yang sedia ada dan akan dibina perlu mengambilkira kemudahan-kemudahan yang sesuai  untuk warga tua, supaya membolehkan mereka dapat hidup dengan lebih selesa.

 

SISTEM SOKONGAN BAGI KELUARGA

Untuk menentukan warga tua dapat hidup terus bersama keluarga maka sistem sokongan bagi keluarga perlu diwujudkan di kawasan-kawasan perumahan untuk membantu keluarga dalam penjagaan warga tua. Insentif-insentif yang tertentu perlu diperkenalkan bagi menyokong ahli-ahli keluarga yang menjaga warga tua meneruskan peranan mereka.

 

KESlHATAN

Kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang sesuai dan khusus untuk warga tua perlu disediakan bagi menentukan mereka boleh hidup dengan penjagaan kesihatan yang sempurna.

   

KESELAMATAN SOSIAL

Satu skim keselamatan sosial yang komprehensif untuk menjamin masa depan warga tua perlu disediakan.

   

MEDIA

Untuk meningkatkan kesederan berkaitan dengan warga tua dikalangan masyarakat, maka media cetak dan elektronik perlu memainkan peranan yang lebih aktif.

 

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Kajian-kajian perlu dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat agar perancangan yang lebih teratur dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan warga tua.

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dikenalpasti sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam penyelarasan pelaksanaan pelan tindakan.

DASAR SOSIAL NEGARA
 

Penyataan Dasar

Dasar Sosial Negara ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup mesyarakat Malaysia yang maju serta mantap

 

Penyataan Matlamat

Dasar Sosial Negara bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia maju dan mantap dari segi sosial. Ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota masyarakat berpeluang serta berkeinginan untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020

 

Objektif Umum

Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik dan wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan

 

Objektif Khusus

Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya. Objektif-objektif khusus yang tersebut adalah:

  1. Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat Dipenuhi
  2. Membangun dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat
  3. Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan Sosial dan Perkhidmatan Sosial
  4. Menjana Sinergi Multisektor

Pelbagai strategi telah dan akan terus dikenalpasti bagi mencapai setiap objektif ini

 

Jentera Pelaksana

Pencapaian Dasar Sosial Negara bergantung kepada pewujudan satu struktur yang mantap di semua peringkat bagi menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program dan aktiviti pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan serta sektor swasta dan sukarela.

Bagi merealisasikan pelaksanaan strategi-strategi di bawah Dasar Sosial Negara, maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat persekutuan sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan. Majlis Sosial Negara yang merupakan badan tertinggi ini akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan keanggotaan terdiri daripada menteri-menteri kabinet yang berkaitan dengan sektor sosial. Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat akan bertindak sebagai urusetia.

Majlis Sosial Negara akan dibantu oleh Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara dan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Negara di peringkat persekutuan. Di peringkat negeri dan daerah struktur yang sedia ada, iaitu Majlis Pembangunan Negeri, Jawatankuasa Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah akan digunakan bagi menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program dan aktiviti-aktiviti sosial.

Penutup

Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan sosial. Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu agenda utama kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap menurut acuannya sendiri. Pelaksanaan Dasar Sosial Negara akan dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya bergantung pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam dan sukarela.

 

DASAR KEBAJIKAN, DASAR WARGA TUA, DASAR SOSIAL NEGARA